Nutrisi Penting Untuk Anak

Posted on 2 min read 9 views

Adakah anak anda cukup NUTRISI?

Satu kajian yang dilakukan mendapati 2 dari 10 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di  Malaysia mengalamai malnutrisi yang lebih buruk dari keadaan kanak-kanak di negara perang seperti Gaza dan Palestin.

Lebih mengejutkan hasil penyelidikan mendapati kadar malnutrisi tidak berlaku kepada golongan  berpendapatan rendah tetapi juga berlaku kepada golongan sederhana dengan pendapatan isi rumanh RM5000.

Gaya hidup moden adalah salah satu punca, apabila makanan segera menjadi lebih popular.

Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak. Diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat di perlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak-anak kecil.

Bayi seawal kelahiran hingga berumur 6 bulan (0-6 bulan)
  • Di sarankan untuk pemberian susu secara eksklusif. Susu ibu mengandungi Nutrisi lengkap yang di perlukan oleh bayi untuk tumbesaran
  • Antara nutrisi yang perlu diutamakan ialah Karborhidrat, Protien, Lemak dan Essential Fatty Acid, Mineral Kalsium, Fosforus, Zat besi, Zink, Sodium, Iodin, Vitamin A, Vitamin D, Vitamin K, Vitamin K, Vitamin B dan Vitamin C
Seawal Usia 6 bulan
  • Boleh diperkenalkan kepada makanan separa pepejal (sama ada direbus dan di hancurkan untuk memudahkan penghadaman)
  • Jika masih meneruskan pemberian susu ibu sehingga berusia 2 tahun adalah sangat baik
  • Antara nutrisi makanan yang perlu ditekankan ialah Karbohidrat, Protien, Vitamin A & C (daripada Jus Buah @ jenis Puree) , Zat Besi, Vitamin D (Lemak sihat dari Minyak Zaitun) dan dengan meningkatnya usia antara 7-8 bulan sudah boleh di berikan makanan yang teksturnya kasar sedikit atau separa pepejal
Usia 1-6 tahun ( pre-school)
  • Kadar tenaga berdasarkan kalori sangat di perlukan untuk aktiviti harian dan tumbesaran anak-anak
  • Ibu bapa perlu fokus kepada pemberian makanan yang mengandungi Karbohidrat (kurangkan jenus berproses), Protien, Lemak dan “Essential Fatty Acid”, Serat , Mineral, Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, C, D, B1, B2, makanan haruslah berkualiti dan di pelbagaikan bentuk persembahan untuk mengelakkan situasi seperti “Picky Eaters” dan ” Dental Problem:
  • Kadar keperluan tenaga juga boleh berlaku perbezaan nilai di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Usia 6-12 tahun
  • Sarapan berkualiti amat penting agar tubuh anak-anak lebih bersedia dan bertenaga untuk melalui hari persekolahan
  • Antara nutrisi yang penting ialah Karbohidrat (elakkan yang berproses) , Protien, Lemak Sihat (terutamanya “essential fatty acid” ) Mineral seperti Zat Besi, Kalsium, Iodin, Vitamin A, B dan C serta serat, pengambilan air putih yang mencuckupi juga sangat penting untuk atasi Dehidrasi dan melancarkan fungsi keseluruhan tubuh badan.
Usia 10-19 tahun
  • keperluan nutrisi secara kesuluruhan sangat tinggi ketika usia ini berbanding kitaran umur yang lain samada kepada remaja lelaki mahupun perempuan
  • mereka perlukan Karbohidrat (elakkan berproses) protien, lemak sihat (terutamanya “essential fatty acid” )Mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi, sodium , potassium, zink, magnesium , vitamin A, B, C, D dan E serta serat. Pengambilan air putih yang mencuckupi juga sangat penting untuk atasi Dehidrasi dan melancarkan fungsi keseluruhan tubuh badan.

Credit : Puan Nurshamimi bt Zulkefly – Buletin Aafiayat.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart