KHASIAT MAKSIMUM HABBATUS SAUDA DENGAN 5 TITISAN

Posted on 3 min read 98 views

Habbatus Sauda ialah tumbuh-tumbuhan merupakan sumber yang telah lama digunakan dalam era peradaban manusia sebagai asas penawar tradisionai (seperti Ayurveda) dan juga kini bertindak sebagai sumber ubat moden termasuklah daripada jenis kekacang dan biji-bijian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada tiga perempat komuniti di dunia yang kekurangan sumber kewangan bergantung kepada sumber tumbuh-tumbuhan ini untuk keperluan penjagaan kesihatan utama mereka kerana lebih daripada 60% masyarakat kurang mampu atau tiada sumber dapatan kepada ubat allopathic.

Sejajar dengan kemajuan baru dalam bidang pemakanan, telah wujudnya kebangkitan minat di kalangan masyarakat seluruh dunia dalam penggunaan tanaman sebagai sumber makanan dan ubat-ubatan.

Antara jenis Bijian yang mendapat perhatian masyarakat sejak ribuan tahun dahulu ialah Habbatus Sauda dengan nama Saintifik nya Nigella Sativa.

Nigella Sativa ini: –

✅ Sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan dan tumbuh secara aslinya di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, wilayah Mediterranean, Eropah Selatan, India, Pakistan, Syria, Arab Saudi, Turki, Asia Selatan dan Asia Barat Daya.

✅ Ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in),

✅ Struktur daunnya halus -10 kelopak dan buahnya pula bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi 3-7 folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

✅ Biji habbatus Sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan.

✅ Digunakan secara topikal dan digunakan secara dalaman untuk situasi seperti lebam, selsema, ubat penahan sakit, pencernaan, diuretik, gigitan ular hinggalah kepada sakit kepala, gangguan pencernaan, dan pelbagai keadaan kulit, termasuk kusta.

✅ Memiliki sifat anti keradangan, antioksidan, dan dapat menyokong fungsi Sistem Imuniti juga.

Gaya hidup masyarakat Muslim banyak didorong oleh sunnah Nabi SAW. Contohnya dalam aspek penjagaan kesihatan iaitu kita akan mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan seperti melazimi pengambilan madu setiap hari untuk impak positif kepada kesihatan.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“Pada Habbatassauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]

Antara kajian dan penelitian terawal tentang manfaat Habbatussauda’ ini telah dibuat oleh ilmuan ulung Perubatan Islam iaitu Ibnu Sina.

Beliau di dalam penulisannya menyebut :

“Habbatus Sauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan.

Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya”. (“Canon Of Medicine” by Abecene).

Habbatussauda ini adalah Suatu Khazanah yang tak ternilai dengan manfaat yang sangat banyak kepada kesihatan dan bonus sebagai yang wajar tak dilupakan serta terus diamalkan secara harian.

✅ Nutrisi di dalamnya yang sarat dengan mineral (6%), Karbohidrat (38%,) Protein (21%) dan Lemak (35-38%) & Asid Lemak (20-64%).

✅ Antara vitamin dan mineral yang terdapat juga di dalam N.Sativa ini ialah Thiamin, Niasin, Piridoksin, Kalsium, Folate, Zink, Zat Besi, Fosforus dan Vitamin E.

✅ Sebuah kajian di Turki pada tahun 2003 dijalankan untuk memahami mekanisme Nigella Sativa dalam meningkatkan pengeluaran insulin dan mendapati bahawa tindakan Hipoglikemik Nigella Sativa mungkin disebabkan oleh peningkatan pemulihan sel-sel pankreas yang menyebabkan peningkatan pengeluaran insulin.

✅ Kajian pada tahun 2019 pula dari Iran mendapati bahawa Nigella Sativa secara statistik lebih mengungguli dalam mengurangkan hati berlemak dan hasil ujian darah pada hati bertambah baik berbanding dengan plasebo pada 66 orang dewasa dengan penyakit hati berlemak tanpa alkohol.

Oleh itu, Jom Kita sama-sama ambil kelebihan khazanah Habbatus Sauda ini kepada kesihatan yang telah dimanfaatkan sejak berabad lamanya.

Jom mula beramal sekarang!

Sumber Olive House


Whatsaap 01156254769 atau click sini http://www.wasap.my/601156254769

COD / Pickup Shah Alam
Poslaju Seluruh Malaysia

Olive House

Share

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Dapatkan Habbatussauda Sekarang
Powered by
0
Your Cart