CARA BERKESAN MERAWAT SAKIT PERUT BAYI

Posted on 3 min read 238 views

Jika anda melihat bayi menangis dan meragam tidak seperti selalu, mungkin dia sedang memberitahu rasa tidak selesanya kerana sakit pada bahagian tertentu di badannya. Ibu bapa perlu perhatikan tandanya

Salah satu tanda yang mungkin terjadi ialah sakit perut pada anak. Tanda yang biasa anak kecil tunjukkan ialah demam, muntah atau cirit. Selain meragam dan terlebih menangis, tanda lain yang ditunjukkan ialah menunjukkan wajah yang sakit, tidak mahu tidur, tidak mahu makan dan meragam tidak mahu duduk diam.Saya nak kongsikan antara penyebab yang menjadi punca anak sakit perut.

KEMBUNG

Bayi berumur sepuluh hari hingga tiga bulan kerap mengalami kembung perut. Tanda yang kerap bayi rasakan ialah berlaku kontraksi pada bahagian usus bayi.

GAS

Bayi berkemungkinan besar mengalami lebihan gas di dalam ususnya disebabkan sistem pencernaannya yang belum sempurna. Bakteria ‘baik’ di dalam usus bayi belum cukup ‘matang’.

REFLUKS

Sebahagian anak kecil mengalami muntah selepas meminum susu atau selepas makan. Perkara ini disebut gastroesofageal refluks dan biasa terjadi kepada anak. Refluks terjadi di antara esofagus dan perut berada pada keadaan tidak normal hingga menyebabkan makanan, susu dan asid naik daripada ulu hati hingga ke tekak.

Anak sakit perut kerana refluks menyebabkan anak terasa pedih pada dada dan bahagian tekak. Biasanya refluks semakin berkurang selepas bayi melepasi umur setahun.

STOMACH FLU

Sakit perut pada anak kecil mungkin juga disertai dengan muntah dan cirit. Jika keadaan ini berlaku, kemungkinan besar anak sedang mengalami stomach flu. Jika hal ini menjadi punca sakit perut anak, anak biasanya mengalami demam dan hilang selera makan serta terhidrasi.

RAWATAN SAKIT PERUT

Saya nak kongsikan antara cara rawatan yang boleh ibu bapa lakukan dengan segera untuk membantu merawat sakit perut bayi ialah seperti berikut :

  1. AIR

Penting bagi ibu bapa memastikan anak tidak terhidrasi dengan mengambil air yang cukup. Susu suam amat digemari semasa anak sedang sakit perut. Air yang dicampur madu asli juga cukup lembut untuk diterima sewaktu perut sedang sakit.

  1. JENIS SUSU

Bagi bayi yang meminum susu formula, pastikan susu yang diberikan sesuai mengikut umur bayi. Hal ini kerana molekul protein yang agak besar pada jenis susu tertentu menyebabkan bayi sakit perut disebabkan perutnya yang masih belum cukup matang untuk menerimanya.

  1. SUARA

Suara ibu yang menenangkan bayi amat membantu untuk mengalihkan perhatian bayi daripada sakit perutnya. Bacakan selawat, doa dan kata-kata semangat buat bayi agar dia tenang seketika dan mengharapkan sepenuh kesembuhan daripada Allah Maha Penyembuh.

  1. TUAMAN

Lakukan tuaman setiap kali selepas bayi dimandikan dan ketika bayi tak selesa. Akhiri dengan sapuan minyak herba yang sesuai untuk bayi. Cara menyediakan sendiri tuaman herba bayi ialah seperti berikut :

Sejemput halba, sejemput jintan hitam, sejemput lada hitam, garam kasar dan 3cm halia cincang halus. Satukan semua bahan dalam sepotong kain dan ikatkan kemas. Sangai iaitu goreng tanpa minyak hingga panas dan balutkan di dalam kain kapas.

Menjaga kesihatan bayi berumur di bawah setahun cukup rumit. Namun, jika ibu bapa mengambil berat dengan memerhati dan merujuk kepada pakar kita dapat membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan yang dialami anak-anak.

Tahukah anda, Balm Tasneem Naturel dapat membantu anda dalam mengatasi masalah-masalah di atas? Whatsapp saya untuk maklumat lanjut


Whatsaap 01156254769 atau click sini http://www.wasap.my/601156254769

COD / Pickup Shah Alam
Poslaju Seluruh Malaysia

Share

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart