Agen Tasneem Jenjarom– Pn Nadhira Husna

Posted on 2 min read 149 views

Assalamualaikum dan Hai. Saya Nadhira Husna, menetap di Jenjarom. Saya bekerja sebagai seorang guru dan mempunyai seorang anak.

Macam mana saya boleh menjadi salah satu daripada agen Tasneem Naturel ?. Ianya bermula apabila saya menjadi pengguna Tasneem untuk anak saya. Ya, saya pengguna Tasneem Naturel sebelum menjadi agen.

Saya mula guna Sleepy Pillow Mist dan Calm Time Balm untuk anak saya. Anak saya masa tu ada masalah susah nak tidur. Tidur pun nak berbuai. Kalau takde buai, dia tak tidur. Kadang tu, sampai dah berbuai pun dia tak tidur. Jadi ini memang masalah bagi saya sebab saya bekerja. Jadi kadang tu memang takde mood nak pergi kerja sebab kurang tidur.

Jadi saya pun cari-cari kat Google, kat Facebook mengenai anak susah tidur. Banyak cara sebenarnya, tapi cara atau tips kat Facebook dan Google tu saya dah cuba dan tak berkesan. Sampailah saya terjumpa produk Sleepy dan Calm Time balm ni. Waktu ni memang cari-cari agen berdekatanlah utuk hantar ke rumah sebab saya nak guna secepat yang boleh. Alhamdulillah anak pun serasi.

Lepas dah serasi dengan dua produk tu, saya pun tergerak hati untuk cari tahu apa tu produk Tasneem Naturel ni. Dan lepas tu, saya beli T-rub balm untuk anak sembelit, CF-Rub untuk kurangkan kahak anak. Dalam masa saya cari-cari maklumat Tasneem ni, saya ada juga terjumpa yang Tasneem Naturel dalam pencarian mengambil dropship. Masa tu terjumpa posting dari HQ Tasneem tapi saya tak berminat.

Tak lama tu, saya pun tak tahulah. Mungkin Allah yang gerakkan hati saya, untuk sertai dropship Tasneem ni. Masa tu saya terjumpa posting kat Facebook (sekarang dah jadi Leader saya) untuk mencari dropship dan diminta hubungi nombor yang tertera.

Alhamdulillah, setelah menjadi agen Tasneem Naturel yang sah, saya buat penghantaran untuk pelanggan di area Jenjarom dan Sijangkang. Saya juga ada buat pemasaran di atas talian di Facebook personal saya, https://www.facebook.com/nadhirasederhana dan di Instagram, http://Instagram.com/tasneemnaturel.kualalangat. Boleh juga terus hubungi saya di Whatsapp www.wasap.my/60108320918/ jika berminat.

Saya juga ada meletakkan balm Tasneem Naturel di Qhalifah Baby Boutique di alamat No 77, Jalan SPU 2, Bandar Saujana Putra, 42100 Jenjarom, Selangor. Jadi sesiapa yang berhampiran dengan kedai ni dan tercari-cari balm Tasneem Naturel ni,jemput datang ke kedai. Mudah je nak cari kedai ni sebab sangat dekat dengan Exit Tol Bandar Saujana Putra, Highway Elite. Kedai bayi ni juga bersebelahan Klinik Komuniti BSP.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart