7 TIPS MEGAWAL KETAGIHAN GAJET

Posted on 2 min read 22 views

Apa ibu dan ayah perlu tahu sebelum memberi gajet kepada anak?

Atur penggunaan gajet mengikut usia anak :

Anak usia 0-18 bulan : Tidak digalakkan
Anak usia 2-5 tahun : Hindarkan anak menggunakan dan melihat screen terlalu lama
Anak usia 6-11 tahun : Buat peraturan/ jadual waktu dan masa maksimum anak boleh menonton tv atau menggunakan smartphone
Mulakan dengan kenalkan fungsi, manfaat dan hal negatif menggunakan gajet. Supaya mereka paham.

Cara Elak Ketagihan Gajet :

1. Gajet sebagai bahan ganjaran

Memberi ganjaran selepas melakukan aktiviti lain, contohnya :
  • Hafal 10 ayat : 1 jam masa tambahan.
  • Kemas dan Sapu rumah: 30 minit masa tambahan
  • Lipat baju : 10 minit

2. Buat Jadual / Hadkan masa menggunakan gajet

Buat jadual masa untuk menonton tv. Beri mereka pilih rancangan apa yang mereka ingin tonton. Sekiranya gajet yang sentiasa anak gunakan ialah tv.

3. Berikan aktiviti selain menggunakan gajet

Bersama-sama mereka melakukan aktiviti lain, seperti membaca buku, mengaji, belajar,menyiram pokok,mengemas rumah,berjoging, bermain permainan indoor.

Aktiviti yang dapat mengasah kemampuan ,kreativiti konsentrasi dan cara menyelesaikan masalah.

Boleh juga menyediakan kegiatan alternatif mewarna, bereksperimen dan sebagainya

4. Biarkan mereka berkawan

Biarkan anak-anak kita bermain bersama-sama anak jiran tetangga di waktu petang (bukan masa covid la)

Ini membantu kemahiran mereka berkomunikasi dengan orang lain yang bukan ahli keluarga.

5. Jangan caj bateri gajet sehingga penuh

Sekiranya ibu dan ayah takut sekiranya lupa, charge hanya 50% sahaja.ย  ๐Ÿ˜‰

6. Jangan biarkan anak menggunakan smartphone seorang diri

7. Tentukan aplikasi jenis apa yang boleh digunakan oleh anak

Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu lain juga!

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

(Al-Anfaal 8:28)

Leave a Reply

2 Comments
  • Farah Zainuddin
    March 24, 2020

    Setuju. Peranan parents utk uruskan Masa anak dan penggunaan gajet. Tak boleh jadikan gajet sebagai pengganti kita. Nnti bila anak dah besar, anak lebih suka gajet dari rapat dgn parents.

Produk Kami

0
Your Cart