7 KAEDAH AMALAN MENGGUNAKAN MADU ASLI DI MUSIM WABAK UNTUK BAIKI SISTEM IMUN

Posted on 2 min read 19 views

Tahniah bagi yang telah Back To Basic dengan guna madu asli (raw honey) dalam usaha meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit di musim wabak ini.

*Polyphenol adalah sejenis bahan antioksidan ada terkandung dalam Madu Asli selain pelbagai vitamin dan unsur lain.*

Bermakna madu adalah bahan yang berupaya meningkatkan daya imun tubuh terhadap penyakit.

Fakta dibawah mungkin membantu pengguna madu yang baharu berjinak dengan amalan minum madu.

A) Madu hendaklah disimpan di suhu bilik dalam bekas kaca untuk kekal lama. Simpan di pancaran matahari atau tempat panas atau dalam peti sejuk akan mengurangkan kesan teraputik madu.

B) Madu asli tidak akan punya rasa dan warna yang standard sepanjang masa macam coooca cola sebab ia nature made bukan factory made. Kawasan diambil, jenis bunga dan samada musim panas hujan akan buat madu hutan asli berbeza rasa warna sepanjang tahun.

C) Nabi amal madu campur air waktu pagi. (dilluted)

D) Madu ada tertulis dalam Al Quran sebagai penawar penyakit. (An Nahl:69)

Kaedah minum madu yang pelbagai dengan campuran bahan lain juga boleh diamalkan berdasarkan petua turun temurun.

7 Kaedah dibawah khusus untuk diamal di musim wabak untuk baiki sistem imun:

a) Sesudu besar Madu + suku sudu minyak habbatusauda dibancuh dalam air suam kuku (pagi sebelum makan dan petang)

b) Sesudu besar madu + cuka epal dalam segelas air waktu bangun pagi subuh waktu perut kosong.
(Baiki kesihatan perut dan usus. Sihatkan bakteria baik yang sebahagian daripada defensive system tubuh melawan penyakit)

c) Sesudu besar madu + jus limau nipis/lemon sesudu besar dalam segelas air suam kuku jika tekak sakit gatal mulai batuk atau batuk yang sudah lama tak hilang. Amal pagi petang malam.

d) Rendam bawang putih dalam madu 7 hari ke atas (lebih lama lebih bagus) dan dibuat makan sebiji tiap hari. (Honey Garlic Infused). Amalan turun temurun untuk menjaga kesihatan dan baiki kualiti sistem pertahanan badan.

Petua A:
Madu asli kawasan khatulistiwa lebih sesuai dan berkesan untuk orang yang hidup di kawasan khatulistiwa. *Vice versa.*

Petua B:
Untuk simpan lama lebih sebulan masukkan madu ke dalam bekas/botol kaca. Madu asli tiada expiry date. Jika simpan baik boleh guna bertahun. Cuma warna rasa akan sedikit berubah akibat fermentasi. Khasiat tidak berkurang.

Petua C:
Madu asli tetap akan dihurung semut sebab manis tetapi beza sifatnya berbanding hurung air gula. Gas yang kuat pada madu dan kadar asid antara pH 3-4 buat semut tidak suka.

Perkongsian asal oleh : Encik Mohd Zakuan Ayob Founder Bekam Sunnah Medic Seremban 2


Kami jual HANYA #maduasli #maduhutan #rawhoney. Certified Raw oleh Institut Genom Malaysia. berminat nak dapatkan Madu Asli whatsaap :

http://www.wasap.my/601156254769

*pos ke seluruh Malaysia boleh diuruskan dgn sedikit caj pengeposan mengikut berat dan lokasi.

Leave a Reply

No Comments Yet.

Produk Kami

1
Madu Asli
Powered by
0
Your Cart