BERI ANAK PUTING KOSONG : KEPERLUAN ATAU PILIHAN

Posted on 2 min read 205 views

Harini saya terasa nak berkongsi dengan ibu-ibu yang masih mencari solusi bagaimana nak pisahkan anak dari mengempeng / bergayut.

Pernah tak ibu-ibu semua baca perihal saiz perut bayi. Perut bayi baru lahir tu kecil je. Sampai usia sebulan pun baru sebesar telur ayam. Mesti ibu pelik kan kenapa anak ni asyik lapar nak menyusu je. Sebenarnya anak bukan lapar susu tapi anak masih nak adapt dengan situasi luar rahim mummy. Di dalam perut, bayi menghisap ibu jari untuk tenangkan diri.

Bila di luar pun bayi masih perlukan sensasi hisapan ibu jari tu. Makanya, ibu akan rasa bayi asyik nak menyusu je. Kadang- kala sampai termuntah kan?

Saya bukanlah seorang pro pacifier (puting) . Saya pon takut juga waktu mula-mula kenalkan anak dengan pacifier (puting). Risau giginya jongang seperti orang dulu- dulu kata. Tapi tak salah mencuba kan . Alhamdulillah setakat ni gigi anak masih okay walaupun dah setahun lebih hisap pacifier (puting). Biasanya saya bagi anak hisap pacifier bila dia nak tidur dan ketika nak masuk dalam cat seat. Kalau tak, merengek saja lah dia . Stress ibu!

Kalau ibu jalankan research, sebenarnya banyak je puting yang anti jongang atau kita panggil orthodontic pacifier di pasaran.

Antaranya Avent, NUK dan banyak lagi. Kita boleh buka Shopee dan taip sahaja Pacifier. Boleh la shopping mengikut tahap kewangan kita sendiri.

Orthodontic pacifier ni bagus sebab dia lembut dan fleksibel. Juga mempunyai pengaliran udara yang bagus.

Pendek kata, kita yang besarkan anak kita sendiri. Pilihan untuk bagi anak mengempeng atau bagi pacifier semua di tangan kita sendiri. 🥰

Nota Kaki :  Tahu tak ibu boleh juga tenangkan bayi dengan Calm Time balm? Calm Time balm mengandungi beberapa essential oil termasuklah Lavender yang membantu anak lebih tenang dan ceria tau!

Artikel dari Puan Fadhillah Harun https://wa.me/601123464233

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment
  • Ray
    March 23, 2020

    i’ve been wondering about that as well.

Produk Kami

0
Your Cart