AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH ANAK-ANAK LAKUKAN SEMASA CUTI SEKOLAH DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Posted on 2 min read 103 views

Cuti sekolah tiba lagi dan di tambah pula “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN” yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Perintah ini termasuklah penutupan semua taska dan sekolah kerajaan dan swasta. Jadi nampaknya bertambah lama la percutian anak-anak tercinta.Nak bercuti pun tak dapat, nak balik kampung pun tak dapek la jugak ni haa.

Jom kita manfaatkan cuti sekolah yang panjang ini dengan aktiviti yang bermanfaat.

1. Belajar memasak

Inilah masa untuk belajar memasak.Bermula dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Untuk anak 5 tahun macam Alisya, boleh la ajar pukul telur dan masak roti telur . Seronok sangat dia. Yang dah besar sikit, bolehlah ajar masak nasi dan belajar menggunakan pisau.

Meriahlah dapur nanti, anak-anak seronok sebenarnya dengan aktiviti ini dan dapat belajar sesuatu.Kerja sejam jadi 2 jam la gamaknya.

2. Baca novel / buku ilmiah

Bagi anak-anak yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah.

Yang bab baca buku ni, memang kena paksa jugaklah kalau anak jenis tidak berminat membaca.Kena pupuk dan galakan supaya ia menjadi satu budaya dan kebiasaan. Sediakan waktu atau masa untuk membaca sekurang-kurangnya sehari sekali.

Bangsa membaca bangsa berjaya. Giteww

3. Bermain permainan indoor

Kalau zaman-zaman saya kanak-kanak dahulu, permainan indoor ini selalu la saya main waktu musim hujan, sebab tidak boleh bermain di luar.

Permainan seperti main batu seremban, congkak, dam ular, dam haji, shahiba, saidina dan macam-macam lagi la.Jadi bolehlah pilih mana-mana permainan indoor dan bermain bersama-sama anak di rumah.

Tahukah anda, melalui permainan seperti batu seremban dan congkak kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ dapat diasah dan ditingkatkan.

Main lidi pun seronok uolls!

4. Berkebun

Bukan selalu dapat berkebun lebih-lebih lagi bersama ibu bapa. Dapat la juga mereka mengeluarkan peluh sambil berkebun. Biarkan sahaja anak anda kotor dengan tanah dan menyiram pokok. Ini kerana anak-anak akan bereksperimen dengan tanah sambil boleh menguatkan umun sistem mereka. Dapat juga memupuk sikap sayangkan alam sekitar kepada mereka.

Sekian perkongsian saya. Stay at home!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart