Motivasi Bisness dari Movie Pad Man : The True Story of Superhero

Posted on 1 min read 96 views

Padman. The true story of super hero.

Sudah lama rasanya tidak menonton movie. Haritu berkesempatan menonton filem Pad Man ini bersama Kakak Dina,  cerita hindustan ini di adaptasi dari kisah benar. Filem Pad Man ini,  di lakonkan oleh Akshay Kumar, Sonam Kapoor dan Radhika Apte

Cerita ini mengisahkan Lakshmi yang baru berkahwin dengan Gayatri, Laksmi menyedari isterinya itu mengabaikan penjagaan kebersihan wanita ketika haid. Demi kasihnya kepada isterinya, Lakshmi berusaha mencipta mesin membuat tuala wanita dengan harga yang murah. Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa Laksmi lalui demi impian dan cita-citanya yang bermula dengan niatnya ingin membantu isteri khasnya dan semua wanita amnya.

Pengajaran dari Filem ini

  1. BIG WHY yang besar iaitu membantu isterinya sendiri dan wanita-wanita lain dan yang paling menarik penghalang besar nya adalah wanita dan isterinya sendiri.
  2. Mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya, berusaha bersungguh-sungguh.
  3. Beliau mempunyai VISI dan MISI yang jelas – mencipta tuala wanita yang murah dan mampu milik.
  4. Orang biasa-biasa dari kawasan pedalaman sehingga menjadi antara orang yang paling berpengaruh di majalah Times.
  5. Padman kata dalam cerita ni, kalau saya buat ini kerana duit, orang akan panggil dia MoneyMan bukan Padman.
  6. Banyak masalah di sekeliling kita bermakna ada peluang yang kita boleh cipta untuk menyelesaikan masalah.

“Amerika ada Superman, Batman, Spider-Man… Tapi India ada PADMAN!”
– Amitha Bachan kata-kata nya dalam filem Padman.

Filem ini memang menarik! Filem mesti orang bisness tengok. Kagum sangat dengan kesungguhan beliau.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart