5 SEBAB ANAK SERING MERAGAM

Posted on 2 min read 92 views

 

Ramai ibu bapa mengadu rasa pelik apabila anak-anak sering meragam tak kira masa dan tempat. Tapi sedarkah kita, sebenarnya anak-anak meragam adalah disebabkan oleh kita sendiri?

Kenapa?

1. Anda tidak menciptakan rutin untuk anak anda.

Anak anda gemarkan rutin. Rutin membantu mereka mengekspreskan apa yang mereka mahu. Contoh; Sebelum tidur, mandi & gosok gigi. Jadi apabila mereka sudah terbiasa dengan rutin ini, mereka sendiri akan minta kepada anda untuk mandi & gosok gigi kerana mereka ingin tidur. Anda sendiri pun mempunyai rutin sendiri. Bagaimana hidup anda tanpa rutin? Sukar bukan?

2. Anda tiada masa untuk anak anda.

Seperti anda sendiri menagih perhatian daripada pasangan anda, anak anda juga memerlukan perhatian daripda ibubapanya. Jika mereka tidak mendapat perhatian yang mereka mahukan, mereka akan meragam.

3. Anda sentiasa mahu lakukan sesuatu dengan cepat.

Anda mahu anak anda mandi dengan cepat, pakai baju dengan cepat, makan cepat, untuk jimatkan masa anda. Relaks dan tarik nafas anda. Biarkan mereka melalui proses tersebut dengan tenang sambil anda menemani mereka. Bukan sahaja mereka akan tenang, mereka juga akan lebih bahagia untuk melakukan benda yang sama pada hari yang lain.

4. Anda tidak konsisten menghukum apabila anak anda melakukan kesalahan.

Hari ini jika anak anda sengaja baling mainan, anda denda mereka. Tetapi keesokkannya harinya anda tidak mendenda mereka untuk perbuatan yang sama. Anak anda akan keliru dan sentiasa meragam untuk memastikan perbuatan mana yang dapat menarik perhatian anda.

5. Anda memberi ganjaran untuk rengekan anak anda.

Anda tidak sedar, niat anda cuma mahu mereka senyap. Tetapi tahukah anda, apabila kita serahkan telefon agar mereka senyap, memberi mereka gula-gula, biskut dan lain-lain agar mereka senyap, mereka akan faham bahawa “jika aku nangis, aku akan dapat sesuatu”.

Jadi, cuba penuhi dan lakukan semua perkara tersebut dan lihat perubahan pada anak anda. Pastikan juga keperluan asas anak anda mencukupi untuknya. Dan yang paling penting, jangan lupa sapu Calm Time balm!  


Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel Whatsaap 01156254769 atau click sini http://www.wasap.my/601156254769

COD / Pickup Shah Alam
Poslaju Seluruh Malaysia

Saya Agen Tasneem Naturel Shah Alam

Leave a Reply

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart