Kami di Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam

Posted on 1 min read 18 views

HARI TANPA KENDERAAN SHAH ALAM

Ahad minggu lepas, 10 Nov 2019 kami ke Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kebetulan sebenarnya, pagi-pagi niat hati ingin beriadah bersama satu keluarga di Taman yang berdekatan dengan Program itu di adakan.

BANYAK AKTIVITI MENARIK

Hari ini adalah sempena Hari Sambutan Hari Perancangan Bandar Seluruh Dunia. Pelbagai aktiviti menarik tau! Ada senamrobik, obstacle, cabutan bertuah, klinik frisbee, pameran kesihatan dan macam-macam lagi.

 

“Hari Perancangan Bandar Sedunia disambut untuk meraikan dan menghargai peranan perancang bandar dalam perancangan dan pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembentukan masyarakat yang sejahtera.” credit

SERONOK !

Seronok sangat Alisya dan Dina dapat bersama-sama di program ini. Sudah banyak kali juga kami merancang untuk pergi ke Hari Tanpa Kenderaan ini, tapi masa tidak mengizinkan. Jalan-jalan, dapat makan cereal Nestle dan Milo free. Ada aktiviti untuk anak-anak juga dari #selangorspeechday2019. Join main, dapat free gift. Seronok Alisya. Alisya cakap bestnya main pun dapat hadiah. Seronok la tu kan.

Jalan2 dapat, hadiah dapat, main dapat, perut kenyang.hihi..Alhamdulillah
Lepas ini boleh la pergi lagi untuk bulan December. Kisah kami di hujung minggu. Terima Kasih kerana membaca.

Share

Leave a Reply

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart