Kisah Kami

Sepagi di Dusun Pak Long

Dah lamanya acik Dahlia tak menulis di blog ini, banyak aktiviti yang tak sempat nak di kongsikan. Apa khabar semua? harap semuanya sihat-sihat la ye.

Ha  sebelum acik Dahlia meneruskan perkongsian, acik nak tanya 1 soalan kat semua, dalam banyak-banyak durian, durian apa yang paling sedap di dunia?

Durian yang paling best di dunia ialah Durian FREE..hahaha Semoga di murahkan dan di luaskan rezeki orang yang bersedekah.

Dalam Al-quran, Surah 59 Al-Hasyr ayat 9 ada disebutkan :

                         

Terima Kasih Pak Long

 “Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”

Ni kisah minggu lepas, kebetulan memang balik kampung di Jelebu. Orang dah nak habis musim durian, kami baru nak ke dusun. Kami ke dusun pak long bebudak ni la. Sebabnya memang duriannya baru gugur pun.Ni la Pak Long dengan durian Jelebu nya.

Seronok la sangat budak-budak berdua ni pergi dusun Pak Long, Uwan pun ikut sekali, rasa macam pergi berkelah. Mana la tak rasa macam berkelah kan, dusunnya ada sungai lagi.

Orang tak pernah masuk hutan, mula-mula tu semangat sangat nak ikut, sampai-sampai orang g carik durian, uwan tak kasi ikut la pulak  jadi terpaksalah kami bertiga duduk di pundung, sampai-sampai jer mulalah kakak dina tu risau resah.., dia tu penakut sikit, banyak sangat dia pikir,nyamuk la katanya.

Bagi mengurangkan kebosanan Mama ajak dia main api. Mama pun dah lama tak main api ni. Bagi can la kan. Ayahnya pun dan siap buat unggun untuk elak nyamuk juga. Semangat la main api, tak sedar masa berlalu.

seronok sangat dapat main api, kat rumah mana boleh main macam ni

Tak lama lepas tu Pak Long dan Abang Mam bawak sebakui Durian. Haa ambik ko.Puas hati dapat makan durian fresh dan free pulak tu.

Alhamdulillah …

Ok lah itulah aktiviti yang kami buat masa balik kampung haritu, firstime expirence la untuk Dina dan Alisya. Semoga mereka berdua dapat belajar sesuatu dan ada pengalaman masuk ke hutan masa kecil. Mungkin tiada apa-apa bagi orang dah biasa, tapi ia bermakna bagi yang tak pernah merasa.

berkelah di kebun pak long. durian Jelebu

 

 

 

 

 

 

Ok lah kita belanja satu video! …Nanti kita kita tulis lagi yea, kisah kami.diari mama

You may also like...

Leave a Reply