Patutkah Penggunaan Walker, Baby Bouncer dan Jumper ?

Ada banyak kontroversi tentang penggunaan walker, baby bouncer dan jumper.

 

Terdapat banyak juga kemalangan bayi yang melibatkan penggunaan produk ini.
Jadi persoalannya, patutkah ibu-ibu menggunakan produk ini ?
Boleh. Tapi, MODERATION is key. Dengan kata lain, bersederhanalah dengan penggunaannya.
Jom admin rungkaikan sedikit bahaya penggunaan produk ini supaya ibu-ibu boleh cakna dan elak mana yang boleh.
Ibu perasan tak kalau letak bayi kat dalam produk ini, bahagian atas badan mereka akan senget ke hadapan kerana tidak dapat mengangkat berat badan mereka sendiri ? Malah, mereka kebanyakannya akan menggunakan hujung kaki untuk cubaan berdiri. Posisi ini tidak bagus untuk mereka belajar mengimbangkan diri sendiri dan untuk berdiri/berjalan.
Bayangkan jika anda cuba berjalan sambil separuh badan atas senget kehadapan, dan hanya menggunakan hujung kaki. Sukar bukan ?
Walker yang mobil dan boleh bergerak dengan pergerakan bayi boleh menyebabkan kemalangan. Sudah banyak kemalangan berlaku, tersadung perabot, terjatuh tangga, terjatuh di pintu dan macam2 lagi.
Ada negara seperti Canada yang telah mengharamkan penggunaan baby walker sejak tahun 2004. Sesiapa yang menggunakannya boleh didenda sehinga 100 ribu Canadian Dollar atau masuk penjara 6 bulan.
Menakutkan kan ? Tapi macamana pun, seperti yang admin kata, yang paling penting adalah KESEDERHANAAN dan pastikan penjaga sentiasa berdekatan dan fokus dengan bayi yg sedang menggunakan produk tersebut.
Sebaik-baiknya pastikan bayi tidak berada didalam produk ini lebih dari 15 minit pada satu-satu masa dan tidak melebihi 2 jam sehari. Lebihkan kepada floor play / tummy play, biarkan anak explore dan play sambil cuba mengangkat badannya sendiri.
Admin harap artikel ini membantu ibu-ibu membuat pilihan ya. 😉
Credit : FB Page MNM Mommy Noah Mikail

 

Leave a Reply