5 Makanan untuk Minda Anak

      No Comments on 5 Makanan untuk Minda Anak

Assalammualaikum, entry kali ini adalah panduan untuk Mommies termasuk MamaNurs ni mencari makanan yang baik dan berkhasiat . Hidangan yang sihat membantu perkembangan otak anak-anak kita.

Check it out !

1. Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. 
Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
2.Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. 
3.Telur adalah manakan yang paling senang di dapati dan murah. Kuning telur bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak sehingga umur 8 tahun . Telur juga tinggi protein dan mengandungi zat besi, folat dan vitamin A. Tapi awak jika anak anda alahan ye.Banyak resepi boleh buat dengan telur kan. Sandwich paling mudah 😉
4,.Susu mengandungi protien dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak. Manfaat lain susu ialah kaya dengan kalsium yang penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat serta sihat. Jika anak Mommies bukan pencinta susu, boleh lah campur susu dalam bubu, puding.

5..Sayur-sayuran kaya dengan zat besi, folat dan vitamin. Zat besi adalah elemen penting untuk otak dan sistem saraf anak kita. Zat Besi mempengaruhi kebolehan anak untuk belajar, mengingat dan memberi fokus. Tomato, bayam, lobak merah dan labu tinggi kandungan nutrisi.

Diharapkan entry ini dapat memberi idea pada Mommies untuk menyediakan makanan terbaik untuk anak.
========================================================================

Saya agen Tasneem Naturel. Berminat dengan mana-mana balm / roll on Tasneem Naturel Whatsaap 01156254769 atau click sini http://www.wasap.my/601156254769

COD / Pickup Shah Alam

Poslaju Seluruh Malaysia 

Belian lebih daripada 1 balm potongan 10%

Saya Agen Tasneem Naturel Shah Alam

Leave a Reply