Petua Madu : Melegakan Masalah GASTRIK

      No Comments on Petua Madu : Melegakan Masalah GASTRIK

Assalammualaikum Semua….Semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat…Hari ni sayanak bagi Petua sikit ..eh bukan nak bagi nak SHARE hasil dari tertengok..ternampak dari FB Page Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang persoalan Madu dan Gastrik 😉
MADU MELEGAKAN MASALAH GASTRIK

“Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.
Baca di sini sekiranya ingin mendapatkan jawapan lengkap dari Dr Zubaidi sendiri: http://drzubaidi.com/blog/madu-mengelakkan-masalah-gastrik-orang-berpuasa/

Dr mencadangkan 2 sudu sehari madu, iaitu selepas bersahur dan berbuka. Madu sangat berkesan untuk melindungi permukaan dinding dalam perut dari asid yang pekat.

================================================
Madu Memelihara Sistem Pencernaan
Sistem pencernaan yang sihat adalah penting dalam membina dan memelihara kesihatan tubuh.

Bermula dari rongga mulut, lalu ke kerongkong “oesophagus”, seterusnya ke usus kecil dan akhirnya ke usus besar, sistem pencernaan harus sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik agar kuman-kuman tidak menjadikan saluran-saluran tersebut ‎ini sebagai tempat pembiakan dan perebakan penyakit.
Semua jenis madu memiliki ciri-ciri anti-bakteria yang sangat berkesan. Nilai-nilai istimewa ini ‎dapat membantu membina sistem pencernaan tubuh menjadi lebih baik. ‎

Sebagai anti-bakteria, madu menghapus bakteria-bakteria bahaya yang merosakkan usus, menjadikan ‎usus kembali pulih dan sihat.

Di samping itu, madu pula mengandungi beberapa jenis bakteria bermanfaat yang membantu perkembangan flora pencernaaan di dalam usus. Flora pencernaan yang sihat adalah perlu untuk kesihatan.‎

Madu juga berupaya menghapus, mengekang pertumbuhan dan pembiakan bakteria “helicobacter pylori, escherichia coli dan candida ‎albicans” yang menyebabkan keradangan usus, gastrik atau ulser.

Dengan demikian, madu merupakan tonik pembersih kuman bakteria dan pemulihara ‎sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih berkesan melawan serangan dari berbagai jenis ‎penyakit.

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:
(1) berkesan ‎merawat sakit perut, gastrik, ulser usus, dan juga kanser tulang.
(2) berkesan untuk ‎merawat masalah nafas berbau.
(3) madu dan serbuk kayu manis, di campur dan ditampalkan pada gigi yang sakit, akan meredakan kesakitan. Credit

Berminat dengan Madu Asli Certified Raw Honey?
Whatsaap saya di 01156254769 atau Click : www.wasap.my/601156254769
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD/Pickup Shah Alam
Susu Mikkae Shah Alam

Leave a Reply