Haiwan dari apa ye Ayah?

Posted on 2 min read 75 views

Alhamdulillah ….Assalammualaikum Semua , dah lama nye Mama Nurs tak jenguk blog ni ha …

Kisah last week hari Jumaat lepas, Kakak bagi satu soalan yang serius…. Mama tak pernah terpikir pun jawapan untuk soalan tu.

“Ayah manusia ni dari Tanah kan… Kalau Harimau tu dari apa?”

“Ha Ayah? dari Matahari ke?” paksa ayah bagi jawapan jugak..

Ayah m asa tu baru je lepas marah kan Kakak sebab dia membazir makanan, agak geram gak masa tu. tetiba anaknya bagi soalan KBAT dan paksa ayah jawab. Kikiki.Tapi ayah jawab jugak la walaupun tak ikut specifikasi “Dari perut mak dio”

Mama dah raso nk pecah perut tahan gelak. Tapi dalam hati Mama nak tau gak la jawapan dia sebenarnya.Sebab Mama Nurs tak pernah terpikir soalan ni.

Tanya la dalam group adik beradik, MakChu Nurs guna la encik Google.

Ini la jawapan yang di google oleh Mak Chu dan Mama pun dah confirm ada dalam tafsir Al-Quran

Quote from the Holy Qur’an: An-Noor (24:45)

وَٱللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَآبَّةٍ مِّن مَّآءٍ ۖ فَمِنْهُم مَّن يَمْشِى عَلَىٰ بَطْنِهِۦ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِى عَلَىٰ رِجْلَيْنِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِى عَلَىٰٓ أَرْبَعٍ ۚ يَخْلُقُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

WaAllahu khalaqa kulla dabbatin min main faminhum man yamshee AAala batnihi waminhum man yamshee AAala rijlayni waminhum man yamshee AAala arbaAAin yakhluqu Allahu ma yashao inna Allaha AAala kulli shayin qadeerun

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
.
Sekian.
.
Yang bertanya tu pun di beri ilham oleh Allah untuk Mama tahu menda yang Mama tak tahu sebelum ni.

Ni la budak yang tanya soalan tu..Thanks Kakak!

Share

Leave a Reply

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart