KENAPA SUSU KAMBING?

      No Comments on KENAPA SUSU KAMBING?

Banyak kajian tentang khasiat susu kambing yang telah dijalankan di pelbagai universiti serta beberapa orang pakar seluruh dunia. Secara kolektifnya, semua kajian membawa kepada penemuan yang memeranjatkan tentang betapa berkhasiatnya susu kambing untuk kesihatan dan keseimbangan badan manusia.
KANDUNGAN PROTEIN TERBAIK SELEPAS SUSU IBU.
Kandungan protein dalam susu kambing hampir menyamai dengan susu ibu di mana ia mengandungi 22 asid amino termasuk


8 jenis asid amino essential.

MENGUATKAN TULANG
Gabungan kalsium dan fosforus yang membentuk calciumphosphate yang terdapat dalam komponen susu kambing penting untuk membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain

MENGURANGKAN RISIKO KANSER PARU – PARU
Susu kambing juga mengandungi selenium yang dikatakan paling penting berbanding susu lembu serta lain-lain produk tenusu lain. Selenium merupakan elemen efektif dalam melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr.Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan tambahan selenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI
Kajian yang dibuat di Universiti Reading di Cardiff dan Bristrol mendapati yang meminum susu kambing berkesan mengurangkan risiko penyakit jantung Koronari dan strok sebanyak 15-20%. Selain daripada itu, ia terbukti mengandungi probiotik.

MEMUDAHKAN PENCERNAAN DAN PENGHADAMAN MAKANAN
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa probiotik atau bakteria baik seperti Lactobacillus bermanfaat dalam merangsang kesihatan saluran usus. Bukti terkini menunjukkan Lactobacillus sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun. Probiotik juga menghasilkan bahan antimikrob, iaitu nutrient yang dapat menentang jangkitan akibat patogen dalam salur pencernaan.

KAJIAN UMUM
Kajian saintifik juga mendapati yang susu kambing kaya dengan protein, enzim, dan mengandungi faktor anti penuaan, arthertis, serta antibarah. Ia juga mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, sakit jantungperingkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

Menurut Dr Javier Diaz Castro dari Jabatan Fisiologi Universiti Granada, Susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan berbanding dengan susu lembu. Kebaikan susu kambing diantaranya adalah menolong mencegah anemia (kekurangan zat besi) tulang rapuh dan mencerdaskan minda kanak-kanak.

Fakta yang paling menarik tentang susu kambing adalah komposisinya yang mengandungi 13% lebih kalsium, 25% lebih vitamin b-6, 27% lebih antioksida selenium, 47% Lebih vitamin A, 1.34% lebih potassium, 3.5% lebih niasin, dan bersifat alkali. Ini bermakna ia dapat membantu mengatasi masalah gout dan kandungan asid yang tinggidi dalam badan.

Pengambilan susu kambing 1 gelas pagi dan 1 gelas malam secara konsisten didapati dapat membantu system usus dan pencernaan, mencantikkan kulit, menguatkan tulang , mengawal masalah darah tinggi,mengelakkan masalah sakit jantung serta memberikan keseimbangan kesihatan.

(sebahagian artikel ini merupakan petikan daripada buku “Goat Milk Magic” tulisan Dr. Bernard Jensen)

Berminat dengan Susu Kambing Mikkae? 

Whatsaap 601156254769

Penghantaran Seluruh Malaysia
COD/Pickup Shah Alam

Susu Kambing Mikkae Shah Alam

Leave a Reply