Tips Menyusu Bayi 0-2 Minggu

      No Comments on Tips Menyusu Bayi 0-2 Minggu

#TipsParentingMNM kali ini menjawab satu persoalan yang kebanyakan ibu bapa muda hadapi.

Sewaktu anak baru lahir, dalam lingkungan 0-2 minggu, bayi lebih gemar tidur daripada menyusu. Ini menjadi masalah jika berat badan bayi tidak meningkat mengikut graf umur ataupun jika bayi mempunyai masalah kuning. (jaundice)

Untuk kedua-dua masalah diatas, ibu bapa digesa untuk kerapkan penyusuan. Di sinilah masalahnya. Bayi kuning pula memang bersifat lebih passive, lesu dan banyak tidur. Kita sebagai ibu bapa harus peka dan bantu anak untuk kerapkan pemakanan mengikut schedule.

Okay, jadi apa yang ibu bapa boleh buat apabila bayi tak nak menyusu dan lebih banyak tidur ?

1. Jangan biarkan je anak tidur atas alasan kesian. Kita sebagai orang dewasa harus mengajar bayi bila waktu makan dan kekerapan waktu makan. Bayi bawah 1 bulan selalunya menyusu badan setiap 2 jam.

2. Gunakan kain basah atau renjiskan air pada muka dan tangan bayi.

3. Tarik belakang telinga bayi sewaktu menyusu, terutamanya bila nampak bayi dah mula lali nak tidur. Tapi jangan kasar pula ya.

4. Tukar posisi menyusu atau berhenti seketika untuk sendawakan bayi, kemudian sambung penyusuan.

5. Keletek tapak kakinya, cuba ambil perhatian, bercakap atau menggunakan mainan yang berwarna terang atau berbunyi supaya bayi tidak mengantuk.

Ramai ibu bapa yang mempunyai bayi kuning mengalami masalah ini dan kebanyakan daripada mereka mesti akan memberikan alasan kesian apabila ditanya kenapa tidak gerak atau pujuk (paksa) bayi minum susu.

Bukannya kita tak sayang, sebab kita sayang lah kita pujuk agar minum susu kerap supaya cepat sembuh. Okay ? 😉

Sumber :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1691546874232132&id=385868791466620

Leave a Reply