Hati-hati dengan Gula Tersembunyi

Posted on 1 min read 0 views

Ibu-ibu bila beli makanan kat anak-anak tengok tak senarai kandungannya di belakang ? Zaman sekarang ramai pengusaha mengambil kesempatan dengan mengiklankan pemakanan untuk kanak-kanak yang diwarkan sebagai TIADA GULA TAMBAHAN tetapi sebenarnya ada berbondong-bondong gula yang tersembunyi. Gula adalah sukrosa, oleh itu pengusaha berani meletakkan iklan sedemikian asalkan mereka tidak meletakkan Sukrosa didalam makanan. Dari segi undang-undang, mereka pun betul sebab tiada sukrosa=gula. Tapi bagaimana pula dengan jenis gula lain seperti fruktosa, glukos, maltodextrin, atau pemanis tiruan seperti aspartame, sakarin dll ?

Ibu bapa kena cakna ya. Zaman sekarang orang mudah sakit sebab tak jaga pemakanan. Kalau ibu bapa tak pantau pemakanan anak-anak. Siapa lagi ? Memang kadang2 ketika di kedai atau di pasaraya, susah nak curi masa untuk belek kandungan makanan apatah lagi kalau punya anak kecil dan ramai. Penat nak mengejar lagi, nak tilik makanan lagi. Tapi jom kita usaha juga ya. InsyaAllah kalau jaga pemakanan dengan baik, anak pun susah nak sakit tau. Kalau sakit pun, mudah je sembuh sebab imuniti kuat. Lagi mudah untuk ibu-bapa kan ? Paling mudah adalah dengan menyediakan real food untuk anak. Jajan2 tu tak payahlah. Kalau diorang nak gigit2, bagi je kekacang atau buah-buahan. Brokoli pun sedap juga kan ?

Credit : FB MNM Mommy Noah Mikail

Leave a Reply

2 Comments
  • zlyn
    February 2, 2018

    yup betul tu kadang diaorang tukar dalam nama science dia gula tu semua

  • Dahlia Ayob
    February 2, 2018

    Kan… lepas ni kena amik tau..😊

Produk Kami

0
Your Cart