APA ITU KEMBUNG / KOLIK / COLIC ?
Kembung di kalangan bayi adalah perkara yang agak normal tapi memenatkan terutama bagi ibu yang baru bersalin.
Bila kembung (colic) berlaku, bayi tidak dapat tidur dengan lena dan sentiasa menyusu sedangkan sudah di beri susu. Ini akan juga akan mengakibatkan puting luka dan melecet.
Bayi yang kembung juga akan resah dan kerap menangis. Bayi anda mungkin akan menarik kakinya, seolah-olah sakit. Sangat sukar untuk di pujuk sekiranya bayi kembung, seolah-olah tiada apa yang boleh di lakukan untuk memujuknya.
Bayi akan menangis berjam-jam dan ianya lebih teruk menjelang malam. Kebiasannya bayi kembung /colic ini menangis selama hampir 3 jam dan mungkin ada yang mengambil masa yang lebih lama dari itu. Tangisan akan mungkin berkurangan apabila usia bayi meningkat.
Teringat masa anak-anak saya dalam pantang dulu. Menangis dari petang sampai la ke pagi.Rupa rupanya mereka kembung.
Punca Kembung / Kolik
Ada sesetengah pendapat , ia tiada apa-apa pun hanya ibu bapa yang terlalu cemas kerana tidak memahami dan tidak dapat menyelesaikan masalah tangisan bayi. Ia seperti bayi yang kerap tidur lebih daripada bayi lain dan ada bayi menangis lebih dari yang lain.
Beberapa sebab bayi juga dikatakan mungkin menyebabkan anak kembung ialah :
- Terlalu banyak atau terlalu sedikit menyusu
- Atau susu diberikan dengan cara yang salah
- pemakanan ibu yang menyusukan bayi
- terlalu banyak angin kerana kerap menangis
Beberapa sebab perubatan kenapa anak menangis :
- masalah gastrointestinal – sebagai contoh, refluks gastroesophageal atau gas berlebihan   Â
- jangkitan – contohnya, jangkitan telinga atau jangkitan saluran kencing    Â
- hernia – contohnya, hernia inguinal atau umbilical    Â
- saraf – sebagai contoh, sistem saraf yang marah atau ketidakmampuan neurologi    Â
- alergi terhadap diet ibu atau susu lembu   Â
- Â ruam lampin dan lain-lain sumber kerengsaan.
Kembung pada bayi sesungguhnya amat menganggu emosi terutamanya ibu yang berpantang.
Caranya ialah calit sedikit T-Rub dan sapukan pada perut si comel anda dengan urutan yang lembut. Kaedah urutan yang di sarankan ialah urutan ILOVEU

Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel atau ingin jadi agen Tasneem Naturel : Whatsaap 01156254769 atau click sini http://www.wasap.my/601156254769
COD / Pickup Shah Alam
Poslaju Seluruh Malaysia
Tasneem Naturel Shah Alam
Â
What do you think?