Resepi Homemade Play Dough

Posted on 2 min read 1 views

    Apalagi bila cerita pasal permainan ni..dah semestinyalah atas permintaan a tu kan…hurm..positivenya Mama menjadi kreative memikirkan caranya. Actually, Dina dan dapat satu set Playdough masa bulan 10 haritu sempena Anniversary Mama dan Ayah..tak aci kan…kami yang Anniversary dia yang dapat hadiah. Tapi yang tinggal cuma bekas kosong dan acuan jer..yang lain abis dan ayah Dina buang..Sepah jer abis di sapu dan masuk kan dalam tong sampah. Yelah, kami perasan la jugak masa main tu dia start batuk, tak tahulah sebab tu atau tak ada kena mengena pun.

Dah 2,3 hari lepas Dina mengeluarkan acuan Playdough dia tu, sibuk dia ajak main Playdough, semalam siap nangis nak mainan dalam tv tu. Kesian pulak kan. Dah la nak masak pun tak boleh merengek jer.Mama pun apa lagi search la kat Youtube camne nak buat Homemade Playdough. Senang jer rupanya. Dah la senang murah pulak tu, bahan-bahan semua ada kat dapur. Semuanya pun campak2 jer..hahah..Meh saya share resepinya:

Bahan-bahannya ialah:

  • Tepung Gandum 
  • Garam 
  • Miinyak masak 
  • Pewarna makanan 
  • Air Suam 

Caranya:
– Campur Tepung, Garam, dalam satu bekas besar
– Campur air suam,minyak dan pewarna dalam bekas asing masa tu kalau nak letak 2 atau 3 color asing dalam bekas yang berbeza.
– Bahagikan tepung ke bekas-bekas tadi dan ulilah sampai menjadi doh

Warna biru macam terlebih color…huhu..

 Ok Done, dah boleh bagi Dina main…..Mama pun dengan senang hati sambung memasak..

Ni lah yang saya tengok di Youtube. Lepas tengok ni memang teruja nak buat. Semoga memberikan manfaat buat Mama,Mak dan Ibu semua. Murah Mudah dan Menyeronokkan.


Leave a Reply

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart