Checklist barang IBU dan BAYI di Wad dan Semasa Berpantang

Tik…Tok…Tik…Tok…dah masuk 28 minggu hamil dah..tinggal  81 days
 to go… Alhamduillah. Survey-survey keperluan barangan bakal bayi dan mama pun bermula. So, hari ini saya nak share Checklist barangan bayi dan keperluan ibu semasa berpantang (version saya). hehe..

Keperluan Bayi: 

  1. Baju 6 pasang (lengan panjang,lengan pendek, – comel nya la baju baby sekarang macam-macam color, di sebabkan masa scan baby menyorok…kami beli warna yang universal la.)
  2. Topi 1 helai
  3. Sarung tangan dan kaki (saya prefer beli yang stokin tu..sebab tak cepat longgar dan tanggal.)
  4. Barut baby – 1 set pelbagai saiz
  5. Getah untuk tukar diaper
  6. Kapas & baby wipes – untuk basuh berak baby..
  7. Tuala Mandi – 3 helai ( setiap hari basuh tukar lain)
  8. Tuala Muka -2 helai
  9. Napkin
  10. Bedung
  11. Toiletries – Sabun mandi, Syampu rambut, Minyak zaitun, bedak – beli yang paling small sebab takut tak sesuai dengan kulit baby.
  12. Set Balm Tasneem 
  13. Cloth Diaper – 5 set- cadang anak kedua nak jadi ibu yang sayangkan alam sekitar…actually dah beli masa Kakak Dina lagi…cuma malas tu lebih sikit. 
  14. Set tilam baby – tilam kakak nya elok lagi…kami bercadang nak beli yang comforter sahaja sebab senang nak susukan baby sekali. Bantal tak boleh pakai dia punya, kakak dia marah..heheh.
  15.  Baby Wearing – ni cadang nak beli lepas 4 bulan, tapi masuk dalam list jugalah. kami tak suka anak letak dalam stroller sebab saya tak nampak dia..rasa baby jauh jer. Masa kakak Dina kami dukung jer.

Keperluan Bayi Di Wad tidak perlu bawak semua tau :

  1. Baju  – 3 pasang
  2. Topi
  3. Kain lampin – 5 helai
  4. Tuala – 1 helai
  5. Kain bedung – 1 helai
  6. Sarung tangan dan kaki – 2 set
  7. Minyak Telon
  8. Kapas dan Baby Wipes (bawak yang kecik jer tak perlu sebotol baby wipes tu)



Keperluan Ibu: 
  1. Maternity pad – saya cadang nak beli yang pad herba overnight tujer..rasa best dan selesa..tak gatal. ( 4 bungkus) nanti tak cukup beli yang biasala..selalunya saya jenis yang darah tak heavy.
  2. Bengkung, kain batik, stokin (bengkung dan kain batik tu dah tak perlu beli, stokin jer kena cari, 2 pasang pun cukuplah, cari yang panjang dan tebal ye..nanti kena marah dengan mak pulak..hehehe)
  3. Nursing Bra – 5-6 helai 
  4. Set bersalin luaran -Manjakani, Pilis, Param, Minyak Panas, Gel Panas. Mandian setakat ni tak perlu sebab mak selalu buatkan air sendiri gunakan herba-herba yang fresh..Owh nikmatnya
  5. Tungku , Pembalut tungku
  6. Keperluan untuk Penyusuan- Breastpump, Beg Menyusu, Ice Pack ( ni pun tak perlu beli sebab yang lama masih ada, dan saya Work at Home Mum, tp perlu ada jugalah kan in case la…

Keperluan Ibu Di Wad

  1. Kain batik – 2 helai
  2. Tuala – sehelai
  3. Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun (Beli yang travel kit) Mudah dibawa.
  4. Maternity pad – 1 bungkus
  5. Baju – Sepasang
  6. Tudung – Sehelai
  7. Biskut atau roti, Kurma, Air Minuman, Air 3 in 1, Thermos, Sudu, Cawan, Pinggan (masuk dalam bakul)
  8. Stokin tebal – 1 pasang
  9. Pakaian dalam – bawa utk 2 hari
  10. Buku merah 
  11. Plastik besar – Untuk letak baju-baju kotor; Plastik kecil nak letak Uri
  12. Minyak Panas dan Minyak Angin
  13. Sweater
  14. Pump Susu
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda bakal-bakal ibu dan ayah.

Leave a Reply