KisahCinta : Den Anak Jelebu

      No Comments on KisahCinta : Den Anak Jelebu


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua… Saya memang berasal dari Jelebu, dilahir dan dibesarkan dan bersekolah di sana. Apa yang menarik di Jelebu selain Madu Asli Hutan Jelebu (hehe promote skeet) ?

Antaranya ialah Jeram Toi , serius cakap la memang Jeram Toi is the best jeram yang saya penah pergi. Bukan sebab saya orang Jelebu saya nak promote..tak..tapi cubolah poie…memang syiok woo…Apa yang menariknya Jeram Toi ini? keistimewaan lokasi ini ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Hutan Lipur Lata Kijang Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi tempat ni jauh sikit dari Pekan Kuala Klawang. Tempat  ni sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain. Moh la singgah Jelebu …

 
Ha..Belanja satu gambar kat Jeram Toi…Tengok gambar pun rasa nak mandi jeram jer….Siok wooo
Baca Sikit Asal Usul Nama Jelebu


Ketika itu kawasan Jelebu dikenali sebagai Sungai Lumut dan kemunculan nama Jelebu tidak dapat dipastikan. Ada cerita mengatakan Jelebu adalah nama seorang Tok Batin yang mati lemas di Sungai Teriang di kawasan itu. Nama Jelebu berasal dari kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisahnya, pada suatu hari, Tok Batin iaitu ketua suku kaum Asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelebu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelebu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut.Maka Tok Batin Jelebu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelebu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu. Setelah puas dicari Tok Batin dipanggil namanya, namun Tok Batin tidak muncul juga. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelebu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus. Setelah Tok Batin Jelebu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu ‘Jalar Labu’ tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu. (credit Maruwiyah Ahmat)

 
ni gambar depan umah kat kanpung den..pagi berkabus tebal..bukan jerebu tau..di hutan jelebu ini la terhasilnya MADU ASLI HUTAN JELEBU yang berkualiti tinggi. kul 9 pun sojuk yo laie..

 

0 thoughts on “KisahCinta : Den Anak Jelebu

Leave a Reply