Kenali Madu Asli – Prof Madya Hafidzi Mohd Noor

Posted on 5 min read 19 views

Assalammualaikum..Hari ini saya nak share artikel yang saya baca di Facebook. Artikel ini ditulis oleh Prof Madya Hafidzi Mohd Noor, beliau berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland). Jom Kenali Madu Asli dan Alhamdulillah Madu Asli Hutan Jelebu mempunyai ciri-ciri di bawah.


Siri 1
Madu asli tidak dihurung semut? Benarkah? 

InsyaAllah dalam beberapa siri saya akan kongsikan beberapa maklumat tentang madu asli (tak kiralah madu tualang kah, madu dari hutan gelam, madu dari lebah ternak (apiculture) di kebun kelapa, madu yaman, madu iran dll) 1. Seorang penceramah (ust) yg turut mempromosikan madunya mendakwa madu asli tdk dihurung semut. Bahkan inilah kepercayaan orang ramai bahawa petanda madu asli ia tdk dihurung semut? Apakah ada asas saintifik pd dakwaan/kepercayaan ini? Madu adalah terdiri dari gula fruktos dan glukos bahkan kepekatannya lebih tinggi dari air gula kerana ia gula yg supersaturated (ibarat kita menjerang sirap yg pekat pd suhu melebihi 100 darjah selsius). Jadi bagaimana mungkin madu tdk dihurung semut? Bahkan kalau ditanya kpd pakar kawalan semut, madu adalah perangkap yg berkesan untuk semut. Jadi di mana datangnya kepercayaan madu asli tdk dihurung semut.? Madu yg tdk dihurung semut adalah madu yg sudah mengalami fermentasi (penapaian semula jadi). Madu yg terbiar utk satu tempoh akan mengalami fermentasi dari kehadiran kulat (fungal spores) yg ada dalam madu tersebut. Ini adalah fenomena biasa bagi madu asli yg tdk diproses mengikut piawai pengilangan. (hanya ditapis mudah sahaja). Apabila penapaian berlaku maka byproductnya ialah cuka (natural vinegar) yg bercampur dgn gula madu dan memberikan rasa kemasaman pd madu tersebut. Mungkin mereka yg biasa mengamalkan mengambil madu asli perasan akan rasa kemasaman pd madu tersebut (ini tdk bermakna madu sudah rosak-ia masih boleh diminum cuma kandungan cukanya akan bertambah lagi lama ia disimpan). Dengan keadaan sedemikian sudah tentu madu tadi tidak akan dihampiri oleh semut. Untuk lebih meyakinkan cuba makan madu dari sarangnya yg baru diambil .kita akan rasa betapa manis dan lemaknya tanpa ada rasa masam sedikitpun. Jadi bagi mereka yg berusaha utk mengambil madu asli sila perbetulkan persepsi anda. Biarlah kita berpegang dengan sunatullah dan memahaminya (hukum biologi, fizik dan kimia yg diatur oleh Allah, Tuhan semesta alam). 

Siri 2
Dakwaan atau kepercayaan seterusnya ialah madu asli pekat dan jika dititik kan pd kertas dia tidak pecah dan tidak menitis jika di terbalik kan.

Benarkah? Pekat atau cairnya madu bergantung pd kadar kelembapan. Jika madu itu datangnya dari negara tropika sudah tentu ia cair kerana kandungan air boleh mencapai 25% dari madu. Tetapi jika ia datang dari negara yg beriklim kering atau sederhana maka ia lebih pekat. Dalam bab kandungan air ini juga, madu tertakluk kepada sunatullah. Ia bersifat ‘hugroscopic’. iaitu kandungan lembapan/air akan berubah bergantung kepada kelembapan relatif (RH – Relative humidity). Ini bermakna apabila lembapan tinggi maka madu (di sarangnya) akan menyerap lebihan lembapan dan pada kelembapan yang rendah air akan tersejat darinya. Tahap kelembapan yang akan menghasilkan keseimbangan kandungan air ialah pada kelembapan relatif (RH) 60%. Apabila lebih tinggi dari 60% maka ia akan menyerap air dan dengan itu kandungan airnya juga akan meningkat. Di negara beriklim sederhana RH yang rendah menghasilkan madu yang lebih ‘kering’. Untuk mengurangkan kandungan air dalam madu, maka penternak biasanya akan menggunakan kaedah tertentu untuk meningkatkan suhu (dengan menggunakan lampu contohnya) supaya kandungan air tadi tidak melebihi 17%. Madu yang ‘kering’ akan mengelak dari berlakunya fermentasi (tindakan spora-spora kulat menukar madu menjadi cuka).  Untuk mengurangkan proses fermentasi juga maka pengusaha madu profesional akan melakukan proses ‘pasteurization’ iaitu memanaskan madu pd lebih sedikit 60 darjah celsius dan menyejukkannya seger (1 minit) yg memerlukan peralatan yg khusus-tdk mungkin dimiliki oleh pencari madu asli yg biasa biasa. Jadi kalau ada melihat madu yg dijual secara komersil samada madu luar negara atau dalam negeri jgnlah dibandingkan dengan madu asli yg diambil dari sumbernya, ditapis, dibotolkan dan terus dijual. Sudah tentu ianya lebih cair apatah lagi datang dari negara kita yg lembab dan diambil masa musim tengkujuh pula.

Siri 3
Dakwaan bahawa madu dari negara tertentu adalah terbaik di dunia. Benarkah?

Response saya terhadap dakwaan ini ialah semua madu adalah terbaik di rantau tersebut. Ini bermakna madu hutan tropika/madu tualang adalah terbaik bagi penduduk di rantau Asia Tenggara. Madu Iran adalah terbaik untuk penduduk rantau Teluk Parsi. Madu Yemen adalah madu yang terbaik bagi penduduk di Jaziratul Arab. Setiap jenis madu ada kelebihannya. Jadi jika ada yang mendakwa belilah madu dari negara X kerana ia yang terbaik di dunia, besar kemungkinan ia hanya gimik perniagaan kerana sudah tentu harganya sangat mahal (kos pengangkutan, permit impot dsbnya). 

Apa asasnya. Lebah akan mengunjungi bunga-bungaan yang terdapat di persekitarannya. Madu tualang atau madu hutan tropika akan mengambil nektar dari sekurang-kurangnya 100 jenis tumbuhan berbunga dan sehingga seribu jenis. Bilangan 200 jenis bunga adalah biasa diziarahi oleh lebah hutan tropika. Jadi madu yang terhasil adalah dari sari bunga-bungaan yang terdapat di kawasan tersebut yang lazimnya mempunyai antidot (penawar) kepada penyakit yang dihidapi oleh manusia di kawasan yang sama. Contohnya ada alahan tertentu yang deisebabkan oleh allegen seperti pollen dari bungaan setempat. Maka penawarnya (antidote) juga ada pada bunga yang sama. Ini adalah benar bagi semua lebah madu di seluruh dunia. Jadi ambil lah madu asli dari manapun asalnya, tetapi jangan persempitkan khasiat madu setempat dengan mengatakan madu dari luar (madu asing) lebih b erkualiti dan terbaik di dunia.

Siri 4
Kenapa namanya madu tualang? 

Ia berasal dari sarang lebah yang dibina pada pokok tualang (Koomposia excelsa). Kenapa pokok tualang menjadi pilihan? Bukan sahaja pokok tualang ini paling tinggi bahkan ia mempunyai batang yang licin yang menghalang sarang atau hifenya diancam oleh Beruang matahari (honey bear). Dahannya adalah 30m atau 100 kaki dari paras kanopi hutan hujan tropika. Jadi kedudukan sarang ini sukar untuk didekati.

Sedikit pengenalan tentang pokok tualang. Ia terdapat di Asia Tenggara dari Thailand hingga Filipina. Boleh mencapai sehingga 90m atau hampir 300 kaki (lebih kurang 1/5 dari ketinggian menara KLCC). Pada sepohon pokok tualang boleh terdapat sehingga 50 sarang yang berbentuk disc. Bahkaqn pernah dicerap bilangan sarang sehingga 200 buah pada sepohon pokok. Oleh kerana nilai sarang inilah maka pokok tualang tidak disentuh oleh pembalak. Nilai madunya lebih tinggi dari nilai kayu balak. Spesies lebah yang membina sarang di pohon tualang adalah dari jenis yang agressif Apis dorsata (besar dan garang). Walaupun pohon tualang menjadi pilihan tetapi pokok-pokok lain seperti ara, pohon hutan satu keluarga dengan nangka (artocarpus spp), keruing, balau juga menjadi tempat lebah membina sarang. Di Indonesia (Sumatra) pohon-pohon yang mana terdapat sarang Apis dorsata ini disebut pohon sialang.

Jadi madu tualang mendapat namanya dari pohon di mana lebah membina sarangnya. Ia adalah nama umum untuk madu yang dikutip dari hutan tropika (pohon tualang atau pohon pohon yang lain). Kualiti madu tadi bergantung kepada ekosistem persekitaran. Kandungan madunya bergantung kepada jenis pohon-pohon berbunga yang terdapat dipersekitarannya. menurut kajian bilangan bunga yang diseri oleh lebah Apis dorsata boleh mencapai 100 jenis bahkan sehingga 1000 jenis bunga.

Jadi perbetulkan persepsi anda. Madu tualang bukan madu yang terhasil dari bunga pokok tualang tetapi madu yang diperolehi dari sarang yang dibina pada pohon tualang atau lain-lain pohon hutan hujan tropika.

Credit : https://www.facebook.com/hafidzi.noor

Berminat dengan Madu Asli? 
Whatsaap saya di 01156254769 atau Click : www.wasap.my/601156254769
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD/Pickup Shah Alam

Leave a Reply

No Comments Yet.

Produk Kami

0
Your Cart